Graduan MJHEP Memperkasa Kolaborasi MARA-Jepun

Oleh : Nor Waheeda
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 10 Mac – Majlis Konvokesyen UniKL IPROM- MJHEP yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur telah di sempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA.

Majlis konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 130 pelajar UniKL IPROM-MJHEP telah menamatkan pengajian masing-masing di peringkat Diploma dalam jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Kejuruteraan Mekanikal. Kesemua graduan ini berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Jepun dan akan berlepas pada 18 Mac ini.

Menurut Dato’ Azhar Abdul Manaf, “MJHEP Ini merupakan satu program yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan dikelolakan oleh Yayasan Pelajar MARA (YPM) yang bertanggungjawab dalam membantu melahirkan individu yang berkemahiran tinggi dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang mana para pelajar ini telah menamatkan pengajian selama 3 tahun di Malaysia dan akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah selama 2 tahun di 24 buah Universiti di Jepun”.

Buat masa ini, seramai 306 pelajar sedang melanjutkan pengajian dalam pengajian Matrikulasi tahun 1 di 2 buah Universiti, 219 pelajar sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda manakala 73 pelajar dalam Ijazah Sarjana (Master) dan 31 pelajar lagi melanjutkan pengajian dalam Ijazah Kedoktoran (PHD) Universiti di Jepun.

Tambah beliau “Kerjasama strategik Malaysia dan Jepun dalam menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar dan tenaga akademik untuk menguasai kepakaran yang relevan dengan keperluan industri dan negara selain turut berharap agar program MJHEP dapat diperluaskan ke negara-negara timur yang seperti China, Korea dan Taiwan mengikut dasar pandang ke timur gelombang ke-2 yang akan memberi tumpuan kepada  bidang-bidang yang baharu dan terkini seperti teknologi hijau, renewable energy, areoangkasa, teknologi pengangkutan, kosmetik dan animasi”.

Majlis graduasi pada hari ini menyaksikan adik Ahmad Najwan bin Hamzah di martabatkan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan. Turut hadir Abdul Rashid Mohd Said, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan dan Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud, Presiden UniKL dan Haji Zakariah bin Haji Md Sam, Ketua Pegawai  Eksekutif YPM.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.