Bina jenama sendiri menerusi Komuniti Food Truck Mara

Mara Perlis menawarkan ruang di kawasan bangunan Mara untuk usahawan food truck berniaga setiap dua minggu. – Gambar hiasan

KANGAR – Menyedari potensi pengusaha trak makanan atau food truck dalam menghasilkan dan mengembangkan produk berjenama sendiri, Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perlis mengambil inisitiaf mengumpulkan pengusaha di negeri ini yang berminat untuk diberi bantuan.

Menerusi inisiatif Komuniti Food Truck itu, Mara Perlis menawarkan ruang di kawasan bangunan MARA untuk usahawan tersebut berniaga setiap dua minggu.

Pengarah Mara Perlis, Lukman Hakim Hasan berkata, selain geran bagi membeli trak, MARA juga menyediakan meja, kerusi dan peralatan lain yang diperlukan bagi membantu mereka.

“Ramai usahawan mengambil peluang menyertai komuniti ini kerana nilai estetika makanan yang tinggi serta menguntungkan.

“Dari sini pengusaha food truck boleh mengembangkan perniagaan mereka dengan membina jenama produk makanan atau minuman sendiri, bukan berterusan menjadi pengusaha food truck sepanjang masa,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini baru-baru ini. – Bernama

Sumber: http://www.kosmo.com.my/negara/bina-jenama-sendiri-menerusi-komuniti-food-truck-mara-1.625151

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.