NURFARISHA WAKIL MALAYSIA DI THE YOUTH ASSEMBLY AT THE UNITED NATIONS 2018

Nurfarisha Ahmad Fazli

Oleh : Ziela Amin
media@mara.gov.my

Adik Nurfarisha Ahmad Fazli, mantan Timbalan Presiden Badan Wakil Pelajar MRSM Parit sesi 2016/2017, juga penerima anugerah Golden Award di Majlis Graduasi MRSM Parit 2017 telah terpilih mewakili Malaysia dalam Winter Youth Assembly at the United Nations (YA) anjuran Friendship Ambassadors Foundation with the United Nations di New York City yang berlangsung pada 14-16 Februari 2018. 

“Saya tidak pernah menyangka permohohan saya untuk menjadi wakil delegasi Malaysia ke United State berjaya,” jelas beliau gembira.

Asasnya, program ini merupakan satu platform untuk para delegasi khususnya golongan muda dalam meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membina keyakinan diri samada di alam pekerjaan atau kehidupan seharian.

Menurut Nurfarisha, “YA turut membuka peluang kepadanya untuk belajar memimpin sesuatu organisasi sekaligus menyalurkan maklumat mengenai isu-isu semasa seperti pemanasan global, perubahan iklim, kepupusan hidupan liar dan sebagainya.”

Ujarnya lagi,“Banyak tip yang saya pelajari, antaranya bagaimanakah cara untuk menepis presepsi masyarakat bahawa golongan muda tidak penting. Dengan itu, saya belajar mengenai active & passive listening.”

United Nation General Hall menyaksikan seorang aktivis wanita Pakistan Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan wanita, juga penerima anugerah Nobel Prize Laureate termuda pernah hadir dan berkongsi idea di YA tersebut malah telah memberi inspirasi dan semangat kepada Farisha untuk menyertai Non- Governmental Organisation (NGO) atau badan sukarelawan. Sudah menjadi cita-cita beliau untuk bekerja dengan United Nations.

Tahniah diucapkan kepada Nurfarisha Ahmad Fazli.

 

This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.