MRSM Besut ungguli Taekwondo Zon Timur

Atlet Taekwondo MRSM Besut meraikan kejayaan mereka selepas dinobatkan selaku juara keseluruhan Kejohanan Taekwondo MRSM Zon Timur 2018.

 

KUALA TERENGGANU – Atlet Taekwondo Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut membuktikan kehebatan mereka apabila dinobatkan selaku juara keseluruhan Kejohanan Taekwondo MRSM Zon Timur 2018 yang berlangsung di MRSM Kuala Berang.

Pada kejohanan yang berlansung selama empat hari itu menyaksikan dua kategori utama dipertandingkan iaitu Sekolah Menengah Rendah (SMR) melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tiga dan Sekolah Menengah Atas (SMA) pelajar tingkatan empat dan lima.

MRSM Besut meneruskan legasi kemenangan mereka dengan mengutip enam pingat emas dan gangsa menerusi dua emas dan empat gangsa dalam kategori SMR dan empat emas dua gangsa bagi kategori SMA.

Naib juara menjadi milik MRSM Kuala Terengganu dengan meraih tiga emas dan satu gangsa manakala tempat ketiga dimenangai oleh MRSM Pengkalan Chepa menerusi masing-masing dua emas, perak serta gangsa.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Mara Negeri Terengganu, Mohd Ali Sobi.

Kejohanan yang julung kali diadakan peringkat Zon Timur itu berjaya meraih penyertaan seramai 192 peserta melibatkan 12 MRSM masing-masing lima pasukan dari Terengganu dan Kelantan manakala dua pasukan Pahang.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mrsm-besut-ungguli-taekwondo-zon-timur-1.806076

This entry was posted in Berita Kejayaan, Pendidikan. Bookmark the permalink.