EKseL 2018: Pelbagai Acara Menarik Menanti Pengunjung

Tangkak, 1 Mac ā€“ Pelbagai acara menarik telah disusun sempena Ekspo Keusahawanan Tangkak (EKseL) 2018 yang dianjurkan bersempena dengan Sambutan 52 Tahun MARA bermula 2 hingga 4 Mac ini bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang.

Bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim MARA dengan komuniti setempat, antara pengisian program adalah Bicara Santai bersama Ustaz Don pada esok hari serta seminar keusahawanan bersama Raja Shamri dan Saiful Nang pada Sabtu.

Di samping itu, mini pameran pendidikan dan peluang melanjutkan pengajian bagi pelajar lepasan sekolah turut diadakan pada Sabtu dan Ahad bahkan, pelbagai acara menarik turut disusun sepanjang tiga hari ekspo ini seperti gerai jualan dan food truck serta beberapa acara pertandingan seperti memancing, memanah, street soccer dan computer networking challenge.

Menariknya, pengunjung boleh menikmati pengalaman menaiki kereta kuda di EKseL 2018 dan pada pelbagai acara turut dibuka kepada orang ramai seperti aktiviti berbasikal, penerangan asas permainan ragbi, flying fox, aktiviti mewarna serta kempen derma darah.

Justeru, orang ramai terutamanya penduduk berdekatan jangan lepaskan peluang untuk hadir memeriahkan EKseL 2018!

This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.