Program 1MPAK Bantu Latih Tenaga Mahir

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (dua, kanan) yang juga Anggota Parlimen Maran menyampaikan replika cek kepada usahawan yang menerima bantuan ketika merasmikan Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK). Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Mohamed Roseli Dol (tiga, kanan).

MARAN, 11 Feb (Bernama) — Program Inisiatif Melestarikan Pembangunan Komuniti (1MPAK) dilihat mampu menjadi mendium untuk membangunkan modal insan dan tenaga kerja mahir di negara ini menerusi pelbagai kursus dan kemahiran yang dibekalkan menerusi program itu. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata perkara itu secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan terhadap ekspatriat asing dalam bidang tertentu apabila lahirnya tenaga kerja terlatih menerusi inisiatif yang diterajui oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

“Pada masa kini terdapat seramai 144,000 ekspatriat asing di negara ini dengan pendapatan lebih RM5,000 dan jika dilihat dari segi kemahiran, mereka tidaklah mahir sangat, cuma kita kekurangan tenaga kerja terlatih dalam bidang berkenaan menyebabkan kita menggunakan tenaga mereka.

“Justeru, 1MPAK dan Graduate Employability Training Scheme (GETS) yang dilaksanakan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini merupakan antara medium terbaik membantu melatih siswazah dengan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program 1MPAK Parlimen Maran di Dewan Arena Tengku Muda Pahang di sini hari ini…..

Sumber:   http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1435436#.WoD0KD642is.whatsapp

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.