MARA MENGUNGGULI ANUGERAH THE BRANDLAUREATE SMEs STRATEGIC BUSINESS PARTNERS AWARD 2017-2018

YBhg. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin, Pengerusi MARA (tengah) mewakili MARA menerima trofi anugerah The BrandLaureate SMEs Strategic Business Partners Award 2017-2018.

KUALA LUMPUR, 8 Februari – MARA telah menerima anugerah The BrandLaureate SMEs Strategic Business Partners Award 2017-2018 dalam satu majlis makan malam di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Anugerah ini telah diterima dan diwakili oleh YBhg. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin, Pengerusi MARA.

Penganugerahan ini merupakan satu pengikitirafan yang telah diberikan kepada MARA sebagai organisasi terpenting yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan padu kepada SME melalui kepakaran, kemudahan fasiliti dan ekosistem perkhidmatan yang lengkap yang mampu menunjangi pembangunan komuniti SME khususnya Bumiputera.

Majlis makan malam ini turut dihadiri oleh ahli-ahli pengurusan tertinggi MARA seperti En. Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA dan Datin Junaidah binti Abdul Majid, Pengarah Kanan Pelaburan MARA serta yang lain-lain.

Menurut Pengerusi MARA, “Penganugerahan ini merupakan pendorong kepada seluruh warga kerja MARA untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan menggandakan prestasi perkhidmatan. Kita perlu mencipta kejayaan bukan hanya di arena tempatan malah melangkau ke arena antarabangsa.”

Tambahnya lagi, “Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan kepada MARA sebagai rakan strategik SME kerana kepakaran dan keupayaan MARA. Ini dapat dilihat dalam usaha-usaha kita membantu pihak atau agensi lain untuk mengembangkan dan mengekalkan jenama masing-masing terutama dalam kalangan usahawan Bumiputera.”

This entry was posted in Berita Kejayaan, Korporat. Bookmark the permalink.