Terus Dampingi Usahawan Secara Langsung

Tangkak, 7 Februari – MARA Johor meneruskan misi memperkasakan usahawan Bumiputera dengan mendampingi golongan ini secara langsung melalui program MARA Business Transformation (MBT) 2.0.

Menurut Timbalan Pengarah MARA Negeri Johor, Zulkifli Baba, MBT 2.0 merupakan sesi perkongsian berkenaan peranan serta hala tuju program pembangunan usahawan MARA Johor bagi tahun 2018.

“Sesi ini juga melibatkan beberapa agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Negara (MyIPO) serta Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dalam memberi peluang kepada usahawan melonjak dan mentransformasikan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir ke program MBT 2.0 peringkat daerah Tangkak di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Ledang hari ini.

Program MBT 2.0 menjelajah ke semua daerah negeri Johor bermula di Segamat pada 5 Februari dan akan diteruskan esok di Batu Pahat seterusnya di Kluang (12 Februari), Mersing (14 Februari), Pontian (19 Februari), Kulai (22 Februari) dan berakhir di Johor Bahru pada 24 Februari.

 

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.