MARA Komited Memberi Kerjasama Kepada SPRM

KUALA LUMPUR : Pengerusi MARA, Dato’ Dr Awang Adek Bin Hj. Hussin membuat kenyataan berkaitan isu pangsapuri Unilodge di Melbourne yang dibangkitkan sekali lagi oleh media baru-baru ini.

Menurut beliau, isu ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana telahpun dibangkitkan oleh pihak media dalam tahun 2015. Pihak SPRM telahpun menyiasat kes ini dan segala dokumen yang berkaitan telahpun diserahkan kepada mereka.

MARA sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM dan menyerahkan kepadanya untuk membuat tindakan selanjutnya.

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.