Jawatan Kosong MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan Kontrak.

Jika anda ingin memohon jawatan yang ditawarkan oleh pihak MARA anda hendaklah membuat permohonan secara online. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memohon jawatan kosong di MARA :-

  1. Layari laman sesawang http://apps.mara.gov.my/vacancy3
  2. Bagi mereka yang baru membuat permohonan hendaklah tekan pada button Permohonan Baru manakala mereka yang telah mendaftar hendaklah tekan pada button Kemaskini Maklumat seperti gambar dibawah.


3. Sebelum anda memohon sila pastikan anda membaca dengan teliti syarat-syarat pelantikan jawatan yang ditawarkan di pautan yang berwarna biru seperti gambar diatas.
4. Bagi memastikan permohonan anda disemak dan dinilai sebaiknya oleh majikan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat dan semak sekali lagi sebelum anda tekan button hantar.

Bagi memastikan anda mendapat paparan yang jelas dan memuaskan sila mohon dengan menggunakan web browser Internet Explorer 7.0 ke atas.Bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh pihak MARA sila like page kami di facebook iaitu facebook.com/majlisamanahrakyat

This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.