KKLW lancar 1mpak bantu belia dapat pekerjaan

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (enam dari kiri) menekan butang sebagai simbolik perasmian 1mpak di Dataran Kerayong di Bera, Pahang hari ini.-UTUSAN ONLINE

BERA 27 Jan. – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) terus bertindak proaktif apabila melancarkan program baharu iaitu Inisiatif Melestarikan Pembangunan Komuniti (1mpak) bagi membangunkan belia di kawasan luar bandar.

Program yang diterajui Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu dilancarkan di Dataran Kerayong Bera di sini oleh Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Ismail Sabri berkata, menerusi program itu, golongan belia khususnya di luar bandar dibantu mencari pekerjaan dengan sasaran 250,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun.

“Melalui program ini, sebanyak 70 buah syarikat akan menjalinkan kerjasama bagi melaksanakan pemadanan pekerjaan dan berkunjung di 27 lokasi terpilih seluruh negara.

“Saya percaya melalui program ini akan membuka peluang kepada golongan belia khususnya di luar bandar mendapat pekerjaan,” katanya ketika merasmikan program itu. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kklw-lancar-1mpak-bantu-belia-dapat-pekerjaan-1.598157

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.