MARA Memberi Kerjasama Sepenuhnya Kepada Siasatan SPRM

Kuala Lumpur, 26 Januari 2018 – Pihak MARA membuat kenyataan rasmi berhubung kes seorang pegawai MARA yang ditahan oleh SPRM Selangor atas dakwaan penyalahgunaan kuasa berkaitan kes pembekalan barangan keperluan pelajar di bawah Koperasi MRSM berjumlah RM 79,000 yang tersebar melalui media. Pihak MARA menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada pihak SPRM untuk melaksanakan siasatan secara mendalam.

Beliau disyaki melakukan kesalahan tersebut di atas kapasiti sebagai Pengerusi Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu dan bukan atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Pengetua MRSM.

MARA akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak SPRM untuk memastikan integriti MARA sentiasa terpelihara. MARA tidak akan berkompromi dengan sebarang salah guna kuasa yang melibatkan kepentingan awam.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.