4,000 Survival Kit Prihatin KKLW

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri) menyerahkan Survival Kit Prihatin KKLW kepada salah seorang mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Charuk Puting di Bera, Pahang hari ini.

BERA 6 Jan. – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediakan kira-kira 4,000 kit bantuan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ‘Survival Kit Prihatin KKLW’ itu diagihkan secara berperingkat di pusat-pusat pemindahan sementara.

“Pada masa ini, kita telah mengagihkan 1,500 kit bantuan yang mana setiap kit mempunyai barangan keperluan seperti tuala, lampu picit, sabun dan berus gigi,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Charuk Puting di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/4-000-survival-kit-prihatin-kklw-1.585670

This entry was posted in Lain-Lain and tagged . Bookmark the permalink.