GiatMARA Prima pertama di Pahang akan dibina

Ismail Sabri beramah mesra dengan pelatih Giat Mara yang menerima Sijil Tamat Latihan dalam Majlis Taman Latihan GiatMara Bera sesi 2017, di Dewan Komuniti Bandar 32, hari ini.

BERA – Giat Mara Prima yang pertama di Pahang akan dibina dengan kos RM10 juta di daerah ini menawarkan lima kursus kemahiran.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, GiatMara Bera menyediakan dua kursus kemahiran iaitu Kursus Otomotif dan Jahitan dengan kapasiti 20 pelatih bagi setiap kursus.

“Selama ini, kita hanya menunggu kelulusan tanah. Jadi, bila dah lulus ni, kita akan hantar permohonan Perintah Pembangunan untuk kelulusan pelan bangunan.

“Lepas lulus semuanya, kita boleh teruskan pembinaan. Kalau boleh, semua proses berkaitan dokumentasi ni kita nak selesai dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Pelatih GiatMara Bera Sesi 2017, di Dewan Komuniti Bandar 32, hari ini.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah GiatMara Pahang, Hasdee Abdullah dan Adun Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman.

Pada majlis itu, seramai 30 pelatih telah menamatkan latihan bagi sesi 2017 di GiatMara Bandar 32 dan menerima Sijil Tamat Latihan.

Difahamkan, GiatMara Prima itu bakal dibina di Bandar 34 berdekatan dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bera.

 

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/giat-mara-prima-pertama-di-pahang-akan-dibina-1.776569

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.