Bina keyakinan pelatih GiatMARA

Pelatih GiatMara giat melaksanakan tugas memotong rambut.

SERAMAI empat pelatih Pusat GiatMara Ampang Jaya menyertai program Kembali ke Sekolah 5.0 Gunting Rambut Pelajar RM2 anjuran Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Flat Merpati B Pandan Indah, di sini, semalam.

Pada program tersebut, mereka diberikan tugas menggunting rambut 40 pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Ampang Jaya yang akan memulakan sesi persekolahan pada minggu depan.

Pengerusi KRT Flat Merpati B, Abd Hashim Maswadie berkata, empat pelatih itu merupakan pelatih tahun akhir, ia memberikan pengalaman cukup bermakna kepada mereka kerana mereka diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari.

“Kami juga sudi memberi sijil penghargaan dan cenderahati kepada para pelatih ini atas jasa dan hasil usaha mereka untuk menjayakan program ini. Program sebegini juga akan diteruskan pada masa akan datang.

“Pendedahan sebegini boleh memberi keyakinan kepada pelatih untuk membuka salun sendiri pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, program yang dianjurkan pihaknya dengan kerjasama GiatMara Ampang Jaya itu diadakan sebanyak lima kali.

 

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/kampus/bina-keyakinan-pelatih-giatmara-1.774856

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.