TVET MARA Mencipta Usahawan Kreatif

YBhg. Dato’ Ariss bin Samsuddin, Ahli Majlis MARA (tengah), bersama En, Mahzan Bin Teh, Pengarah Bahagian Kemahiran & Teknikal  menyempurnakan gimik perasmian Creative Industry Festival (CIF) 2017 di KKTM Rembau, Negeri Sembilan.

Rembau, 14 November – YBhg. Dato’ Ariss bin Samsuddin, Ahli Majlis MARA menyempurnakan Majlis Perasmian Creative Industry Festival (CiF) 2017 yang merupakan program touchpoint Kerajaan dalam memperkasakan TVET.

CiF 2017 ini merupakan platform terbaik dalam mempromosi serta mengetengahkan bakat dan hasil kreatif produk para pelajar dalam industri kreatif. Selari dengan hasrat pendidikan MARA yang menjadikan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau sebagai satu-satunya Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang menawarkan program “Art & Design Creative” di peringkat Diploma dengan jumlah graduan dari sesi Januari hingga Jun 2017 adalah seramai 983 pelajar.

Dengan unjuran kadar kebolehpasaran graduan KKTM 2016 adalah 95 peratus.

Apa yang menarik, KKTM Rembau antara Institusi yang dipilih untuk menjayakan program touchpoint yang diselia penuh oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan penglibatan masyarakat setempat dalam meningkatkan keupayaan dalam bidang kemahiran secara percuma, ujarnya KKTM Rembau dipilih untuk menjalankan sebanyak 22 kursus kemahiran antaranya; Fashion Design Sketch, Fashion Design Using Adobe Illustrator & Photoshop, Kursus Asas Pembuatan Pakaian Wanita, Short Film Making, Furniture 3D CAD Drawing dan banyak lagi kepada peserta seramai 247 orang yang terdiri daripada penduduk Parlimen Rembau.

Berdasarkan ucapan beliau, Objektif Touchpoint ini dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat menceburi kursus-kursus secara percuma dalam pelbagai bidang kemahiran yang berpotensi untuk meningkatkan pendapatan mereka terutamanya dalam sektor keusahawanan. Selain itu, turut membuka ruang kepada masyarakat setempat meningkatkan hasil kerja mereka dan berkeyakinan dalam penghasilan produk yang lebih berdaya maju sebaris dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi,  program pembudayaan usahawan perlu dilaksanakan bagi memperkenalkan industri kreatif ke pasaran yang lebih luas.

Antara program yang turut diadakan adalah Creative Industry Showcase mempamerkan hasil kreatif pelajar semester akhir mengikut kluster seperti Rekabentuk Digital, Rekabentuk filem dan Animasi, Rekabentuk Fesyen dan Rekabentuk Dalaman. Selain itu, Creative Industry Talks yang merupakan seminar bersama panel-panel yang hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Afiq Iskandar dan ramai lagi.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.