Bekas pelajar, guru MRSM bertemu selepas 20 tahun terpisah

Bekas pelajar, guru MRSM Jasin bersama keluarga masing-masing bergambar kenangan selepas Majlis Reunion MRSM Jasin di Hotel Swiss Garden, Melaka baru-baru ini.

BERTEMU Seramai 369 bekas pelajar dan guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin bertemu semula pada Majlis Reunion MRSM Jasin bertemakan Sirih Pulang Ke Gagang Setelah 20 Tahun #OMJ9697 di Hotel Swiss Garden, Melaka baru-baru ini.

Pengurus majlis itu, Nur Sakinah Ramli berkata, majlis yang dianjurkan Barisan Komiti Batch 1996/1997 tersebut diadakan selama dua hari iaitu majlis makan malam di hotel tersebut serta aktiviti di MRSM Jasin pada keesokan hari.

Katanya, antara aktiviti utama yang diadakan termasuk pengumuman sebahagian daripada kutipan yuran iaitu sebanyak RM6,000 kepada MRSM tersebut selain sumbangan kepada rumah anak yatim Nur Ekhwan, Meru di Klang.

“Pada hari kedua, kami menganjurkan majlis tahlil arwah alumni dan guru selain melakukan lawatan ke bilik darjah dan blok asrama bersama keluarga.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/komuniti/bekas-pelajar-guru-mrsm-bertemu-selepas-20-tahun-terpisah-1.569431

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.