Survival Kit Prihatin@KKLW dilancar

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) serta Pengerusi MARA Datuk Dr Awang Adek Hussin (dua, kiri), Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah (dua, kanan), Pengerusi UniKL Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pembangunan KKLW Datuk Azizan Mohamad Sidin (kiri) bergambar bersama ‘Survival Kit’ ketika Majlis Pelancaran ‘Survival Kit’ Prihatin@ KKLW di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) hari ini. Sebanyak 4,000 beg ‘Survival Kit’ disediakan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang dan Pantai Timur. – FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 6 Dis.- Sebanyak 4,000 ‘survival kit’ dilancarkan di sini hari ini bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini sebagai persediaan awal bagi menghadapi sebarang musibah pada masa akan datang.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa banjir gelombang kedua dijangka melanda bermula pada 8 Disember ini jadi ‘survival kit’ ini adalah barang keperluan asas diri untuk mangsa-mangsa banjir.

“Antara barang keperluan tersebut adalah beg sandang, tuala, makanan, air mineral dan alat pertolongan cemas jadi diharapkan mangsa-mangsa dapat menghadapi banjir tanpa sebarang masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Survival Kit Prihatin@KKLW di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Borhan Dolah dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Awang Adek Hussin. – UTUSAN ONLINE

 

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/survival-kit-prihatin-kklw-dilancar-1.567828

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged . Bookmark the permalink.