4,000 ‘survival kit’ untuk mangsa banjir

Para Sukarelawan giat menyusun barangan keperluan asas di dalam ‘Survival Kit’ ketika Majlis Pelancaran ‘Survival Kit’ Prihatin @KKLW di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,000 beg ‘Survival Kit’ sudah disediakan untuk mangsa banjir ekoran ramalan Jabatan Meterologi bahawa gelombang kedua banjir boleh berlaku di Pantai Timur antara Jumaat dan Ahad ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara barang keperluan asas diri yang terdapat di dalam beg itu adalah keperluan pertolongan cemas mini, tuala mandi, sabun, syampu rambut, berus dan ubat gigi, lampu suluh dan bateri, kain sarung, biskut dan snek dan air mineral.

“Beg itu adalah bantuan permulaan yang akan diagihkan di pusah-pusat pemindahan dan bukan bermakna terhad kepada 4,000 beg sahaja, kalau kurang kita akan tambah dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Survival Kit Prihatin @KKLW di sini, hari ini.

Di majlis pelancaran itu, juga turut diumumkan seramai 4,416 sukarelawan Prihatin@KKLW akan terlibat dalam usaha mengedarkan beg survival kit dan juga membantu mangsa selepas banjir.

Terdahulu, seramai 1,650 sukarelawan telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong banjir di Pulau Pinang pada 14 November lalu. – Bernama

 

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/4-000-survival-kit-untuk-mangsa-banjir-1.767167

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain and tagged . Bookmark the permalink.