MARA UNGGULI ANUGERAH INOVASI KKLW

Putrajaya 30 November – MARA mengungguli majoriti anugerah kualiti dan inovasi yang dipertandingkan yang melibatkan warga KKLW dan agensi dibawahnya yang disempurnakan oleh Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di sini hari ini.

Sambutan Hari Inovasi yang merupakan acara tahunan yang mencerminkan mengenai pentingnya membudayakan kreativiti dan inovasi untuk sentiasa meletakkan KKLW di landasan yang paling efisien dan efektif dalam mencipta sesuatu produk dan perkhidmatan di bawah Agenda 4 Transformasi Negara yang berpaksikan kepada inovasi dan kreativiti yang menjurus kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap.

Beliau berkata; Inovasi menjadi tanda aras global yang mendorong keupayaan penciptaan idea-idea baharu, unik serta bermanfaat yang berfungsi sebagai pemangkin pembangunan ke arah kesejahteraan negara. Ini turut dilihat melalui usaha yang telah dijalankan sebelum ini antaranya Rural Transformation Center yang telah diiktiraf yang pertama di dunia, Mobilepreneur dan Rumah Bina Negara serta banyak lagi.

Anugerah yang dimenangi oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada Sambutan Inovasi KKLW pada kali ini antaranya Juara bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, selain Juara dan tempat kedua bagi Anugerah Penilaian Outcome Terbaik serta tempat ketiga bagi Anugerah Tadbir Urus yang menyerlahkan keupayaan MARA dalam menggarap idea-idea inovasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kumpulan koir MARA Voice turut memenangi tempat ketiga bagi pertandingan koir inovasi sempena sambutan pada kali ini.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan and tagged . Bookmark the permalink.