PADANG BESAR – Hujan lebat berterusan sejak Ahad lalu menyebabkan enam keluarga merangkumi 16 mangsa masih mendiami Pusat Pemindahan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri di sini setakat pukul 12 tengah hari, hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis melaporkan, sebanyak 46 kediaman di Kampung Padang Malau dan Kampung Padang Malau Dalam di sini masih dinaiki air ekoran banjir kilat.
“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis sentiasa bersedia 24 jam untuk mengeluarkan mangsa banjir yang terjejas.
“Selain itu, paras sungai yang berisiko dikawal setiap masa,” kata JBPN dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE
Sumber : http://www.kosmo.com.my/negara/pusat-pemindahan-banjir-mrsm-beseri-masih-beroperasi-24-jam-1.563133