Pegawai MARA Johor Didedahkan Dengan Teknik Penulisan Berita

Para Pegawai MARA Johor mengaplikasi teknik penulisan berita melalui tugasan yang diberikan.

JOHOR BAHRU, 29 November – Seramai 21 orang pegawai MARA Johor didedahkan dengan teknik penulisan berita melalui Lab Penulisan Kreatif MARA Johor yang diadakan di MARA International & Networking Training Centre (MINT) pada hari ini.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, program ini bertujuan memberi pendedahan teknik penulisan berita kepada semua staf terutamanya front desk officer  yang seterusnya dapat membantu pihak MARA membuat hebahan program kepada umum secara tepat dan pantas.

“Melalui teknik penulisan ini kakitangan dapat meningkatkan kemahiran sedia ada dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya aktiviti yang dijalankan oleh MARA dengan lebih efisien sejajar dengan perubahan teknologi semasa,” katanya.

Teknik ini meliputi perkongsian berkenaan teknik-teknik penulisan berita yang berkredibiliti bagi membina keyakinan umum serta teknik-teknik lain seperti tarikan, dramatik dan juga hebahan dalaman.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.