Capai kualiti ISO

 

Pengarah kolej, Wan Mohamad Wan Daud, mewakili KPTM – Kesedar, menerima pensijilan MS ISO 9001 : 2015.

KOLEJ Polytech Mara (KPTM-Kesedar) mendapat pensijilan ISO 9001:2015, sekali gus menjadi kolej cawangan KPTM yang pertama menerima pensijilan ini.

Auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd, Fauziah Sulaiman berkata, pemilihan ini dibuat setelah KPTM-Kesedar tidak mencatatkan sebarang ketidakpatuhan (Non-Conformance Report, NCR) terhadap keperluan prosedur Sistem Pengurusan Kualiti.

Katanya, kolej berkenaan melalui proses pengauditan SIRIM peringkat kedua setelah diaudit pada peringkat pertama pada 14-15 Disember 2016.

Sementara itu, Pengarah Kolej, Wan Mohamad Wan Daud berkata, apa jua penemuan baik dari segi NCR mahupun OFI harus dilihat dari sudut positif untuk bergerak ke hadapan.

“Alhamdulillah, hasil persediaan, komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi oleh semua staf, kolej menerima penghargaan ini.

“Bagaimanapun, terdapat 12 peluang untuk penambahbaikan (Opportunity for Improvement, OFI) pada audit kali ini.

“Saya berharap agar ia satu perkara yang boleh menjadi daya saing baru untuk menjadi kolej gemilang,” katanya.

Tambah Wan Mohamad, beliau berharap agar inisiatif murni ini akan menyemarakkan lagi semangat dan iltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua barisan staf dan tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai Seksyen Jaminan Kualiti KPTM ibu pejabat,” katanya.

 

Sumber :http://www.sinarharian.com.my/kampus/capai-kualiti-iso-1.761130 

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.