Parlimen: KKLW sasar 1,000 usahawan online pada 2018

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan meletak sasaran untuk melahirkan kira-kira 1,000 usahawan online menjelang 2018 menerusi platform program yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Hasil daripada program DesaMall@Online anjuran KKLW, Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, hampir 300 usahawan sudah mendaftarkan produk mereka atas platform online untuk menjual produk mereka.

“Hasilnya setakat ini seramai 300 orang usahawan sudah mendaftar dan mula memasarkan produk mereka melalui platform e-dagang iaitu 11Street.my yang melibatkan 150 produk.

“Mereka ini terlebih dahulu telah kita tawarkan kursus-kursus di bawah DesaMall@Online ini yang bermula sejak 11 Mei tahun ini,” Beliau menyatakan demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

DesaMall@Online merupakan satu bentuk program yang menyediakan khidmat bantuan dan nasihat pemasaran kepada usahawan luar bandar untuk mereka mendaftarkan perniagaan mereka atas platform online. – K! ONLINE

 

Sumber : http://www.kosmo.com.my/negara/parlimen-kklw-sasar-1-000-usahawan-online-pada-2018-1.556866

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.