RM30 juta bantu usahawan bergerak

Ahmad Jazlan sempat berkongsi tips berniaga bersama usahawan bergerak yang menerima bantuan di bawah Program Mobilepreneur@KKLW, hari ini.

MACHANG – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membantu 3,000 usahawan bergerak memajukan perniagaan mereka di bawah Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur@KKLW) pada tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kira-kira RM20 juta membabitkan seramai 70 peserta telah diagihkan dengan menyediakan motosikal lengkap peralatan dan kotak peralatan yang mana tidak melebihi RM10,000 setiap seorang.

Tambahnya, program yang berkonsepkan perkhidmatan secara bergerak tersebut bertujuan membantu golongan belia yang mempunyai kemahiran dan kesungguhan tinggi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup melalui bidang keusahawanan.

“Program ini menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan apabila kita berjaya merekodkan seramai 382 daripada 500 peserta pada tahun lalu berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing tidak kurang daripada 30 peratus.

“Peserta yang dipilih dengan teliti bagi memastikan program ini berjaya termasuk selepas menerima bantuan. Kita tidak mahu sumbangan ini disalahguna atau disimpan sahaja tanpa dimanfaatkan,” katanya kepada pemberita di Pusat Transformasi Ilmu, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Mobilepreneur@KKLW) Peringkat Negeri Kelantan, di sini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Borhan Dolah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GiatMara, Jamal Nasir Othman.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/rm30-juta-bantu-usahawan-bergerak-1.759134

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.