CSR Hati Emas, Belia Berkemahiran Pemangkin Ngemangsangka Menua Pesisir

YB Datuk Alexander Nanta Linggi bersama pelajar-pelajar sempena CSR Hati Emas MARA

Kapit, 18 November – Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) YB Datuk Alexander Nanta Linggi menyempurnakan Majlis Penutupan Program Hati Emas Kemahiran MARA- Kapit di sini hari ini bertemakan “Belia Berkemahiran Pemangkin Ngemangsangka Menua Pesisir”.

Program ini merupakan program CSR Hati Emas MARA bersama komuniti yang diadakan secara berterusan sejak dahulu bagi membantu komuniti luar bandar mengakses perkhidmatan yang disediakan MARA secara langsung sekaligus mengukuhkan semangat kebersamaan antara rakyat dan MARA selaras dengan manifestasi betapa teguhnya prinsip serta nilai bersama yang dipegang oleh MARA iaitu menjunjung “Amanah Rakyat”.

Apa yang menarik, program ini turut melibatkan usaha sama antara MARA dan komuniti
setempat. Diperingkat MARA, program ini disokong oleh penglibatan warga kerja dan subsidiari MARA, pelajar-pelajar Institut Pendidikan MARA (IPMa), komuniti usahawan serta NGO di bawah MARA. Manakala di peringkat akar umbi, adalah penglibatan pemimpin tempatan, komuniti setempat, pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi kerajaan.

Berdasarkan ucapan beliau, penganjuran Program Hati Emas ini, bagi memastikan komuniti luar bandar tidak terkecuali dari merasai arus teknologi melalui hasil pembangunan projek inovasi yang dijalankan oleh Institut Kemahiran MARA “Development of Urban Farming System (Betanam Betupi)” iaitu greenhouse unit, aquaponics system, fertigation system, water harvesting & cooling system dan solar energy.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan pada hari ini ialah Senaman pagi bersama penduduk Rumah Panjang, MARA Fun Run 2017@Kapit, penyerahan peralatan inovasi, pembinaan kolam oleh pelajar-pelajar IPMa untuk projek inovasi, Hati Emas Kemahiran MARA selain itu turut diadakan Program Engagement MARA Tuisyen Rakyat @ KKLW Daerah Kapit,Majlis Perasmian Hati Emas oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi yang akan turut hadir bersama pada petang ini Pengarah MARA Sabah di Rumah Empawi, Ng.Sekukut, Sg. Yong, Kapit.

MARA merealisasikan visi kementerian iaitu membandarkan luarbandar melalui penglibatan bersama komuniti luarbandar dengan merapatkan jurang perbezaan melalui infrastruktur, ekonomi, pedidikan dan lain-lain yang merupakan pembangunan yang menyeluruh dalam menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat.

Pembangunan yang diusahakan oleh hanya satu pihak adalah sama seperti seorang yang
bertepuk sebelah tangan. Sebelah tangan sahaja tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi.
Hanya jika digunakan kedua belah tangan sudah tentulah akan menghasilkan rentak. Samalah halnya dengan kerajaan dan rakyat jelata, Kedua-dua ini mestilah dapat bergerak dengan serentak supaya dapat membuahkan kejayaan yang lebih sempurna.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged , . Bookmark the permalink.