SERAMAI 5,585 graduan telah dianugerahkan diploma dan ijazah serta Sijil Profesional dengan masing-masing 4,528 graduan KPTM manakala 1,057 adalah graduan KUPTM sempena majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) baru-baru ini.
Ia merangkumi penyampaian Ijazah Sarjana Muda kepada Program kerjasama dengan Coventry University, United Kingdom, penyampaian Sijil Program Profesional, Diploma KPTM (Homegrown), dan Diploma dengan kerjasama UiTM.
Konvokesyen kali ini juga melibatkan graduan dari sembilan kampus cawangan KPTM iaitu KUPTM Kuala Lumpur, KPTM Kuantan, KPTM Bangi, KPTM Kota Bharu, KPTM Alor Setar dan KPTM Ipoh serta KPTM lain iaitu KPTM Batu Pahat, KPTM Semporna dan KPTM-Kesedar Gua Musang.
Sehingga ini, KPTM melahirkan seramai 45,433 graduan. Manakala peratus graduan yang berjaya menempatkan diri dalam sektor pekerjaan berdasarkan Laporan Sistem Pengesanan Graduan KPTM 2015/2016 adalah 71.05 peratus, di mana ramai alumni KPTM telah berjaya dan ada antaranya menjawat jawatan-jawatan besar di sektor awam dan korporat.
Sempena konvokesyen kali ini juga, beberapa graduan telah terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi mengiktiraf kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Anugerah-anugerah berkenaan terdiri daripada Anugerah Platinum (dua orang), Anugerah Pingat Emas (28 orang), Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif (451 orang), Anugerah Kecemerlangan Program Usahasama Coventry University (Best Project) (tiga orang), Anugerah Pelajar Terbaik Dublin Business School (seorang), Anugerah Berlian (seorang), Anugerah Nilam Baiduri (enam orang) dan Anugerah Naib Canselor (128 orang).
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/kampus/kptm-lahirkan-graduan-cemerlang-1.754243