KERJASAMA MARA-MDEC LAHIRKAN E-USAHAWAN BERDAYA SAING

 

Para penerima anugerah e-usahawan MARA-MDEC

KUALA LUMPUR: Penerapkan ilmu keusahawanan digital di kalangan gologan belia, khususnya pelajar serta komuniti usahawan mikro setempat adalah salah satu inisiatif dalam Program eUsahawan. Projek rintis eUsahawan telah dikendalikan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) semenjak tahun 2015 serta merupakan salah satu rakan startegik utama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperjuangkan usaha ini.

Program eUsahawan ini telah dimulakan di KKTM/MJII/IKM sebagai perintis pada tahun 2015 dan diteruskan kepada KPM, dan GIATMARA pada tahun 2016. MARA dan MDEC juga telah melibatkan UNIKL, KUPTM, KPTM, KM dan GMI pada tahun 2017 bagi melegasikan program eUsahawan ini di bawah sektor Pendidikan MARA.

Bermula dengan beberapa siri kursus peningkatan ilmu dan kemahiran (Continuous Development Programme – CPD) kepada tenaga pengajar MARA di samping mewujudkan kumpulan tenaga pakar (Master Trainer) keusahawanan digital dalam MARA yang akan meneruskan usaha mendidik para pelajar serta komuniti usahawan mikro setempat.

Secara keseluruhan program eUsahawan terbahagi kepada 2 iaitu eUsahawan Muda dan eUsahawan Mikro. Yang mana eUsahawan Muda diwujudkan khas untuk institusi TVET, MDEC dan rakan industri telah mereka kurikulum khas mengenai keusahawanan digital yang diguna pakai oleh institusi Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Latihan (TVET).

Bagi program eUsahawan untuk Usahawan Mikro pula modulnya telah disesuaikan ke dalam format kursus jangka pendek yang dijalankan dalam tempoh 1 hari oleh TVET terpilih di seluruh negara.

Bagi tahun 2017, Program eUsahawan Muda seramai 2,459 pelajar telah diajar subjek digital entrepreneurship dan telah mendapat jumlah jualan sebanyak RM 1.3 juta sehingga Jun 2017. Manakala Program eUsahawan Mikro seramai 1226 peserta komuniti usahawan mikro setempat yang menyertai kursus jangaka masa pendek selama 1 hari telah mendapat jualan keseluruhan sebanyak RM 6.1 juta pada tahun 2016.

Tambahan pula, kumpulan tenaga pakar (Master Trainer) keusahawanan digital dalam MARA telah dilantik oleh MDEC menjadi panel kepada kursus-kursus anjuran
MDEC seperti di MARA Mesir, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan lain-lain.

Penglibatan MARA di dalam program eUsahawan anjuran MDEC, menandakan sokongan dan kepercayaan kepada agenda Kerajaan dalam bergerak maju sebagai sebuah negara digital.

SENARAI PEMENANG
Kategori Anugerah eUsahawan Muda Terbaik 2017
Dimenangi oleh : Sdra. Lukman Hakim Bin Marzuki – KPM Beranang

Kategori Anugerah Pensyarah eUsahawan Terbaik 2017
Dimenangi oleh : Puan Noraini Binti Hashim – Politeknik Sultan Azlan Shah

Kategori Anugerah TVET Terbaik eUsahawan 2017
Dimenangi oleh : Kolej Profesional MARA

Kategori Institusi Pendidikan Terbaik eUsahawan 2017
Dimenangi oleh : Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Perak.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.