ASPEK KESIHATAN DAN KESELAMATAN TEMPAT KERJA JADI KEUTAMAAN

Timbalan Pengarah MARA Negeri Johor, Awang Said Mareng (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus.

Johor Bahru, 1 November – MARA terus komited terhadap aspek-aspek kesihatan dan keselamatan warga kerjanya di tempat kerja melalui penganjuran kursus Induksi Keselamatan Untuk Pekerja Binaan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini hari ini.

Seramai 18 orang pegawai MARA Negeri Johor yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pembinaan telah menyertai kursus ini dalam mewujud pelaksanaan tugasan yang lebih terurus serta sistematik berpaksikan kepada budaya kerja sihat dan selamat di tapak pembinaan.

Pendedahan terhadap undang-undang mahu pun peraturan melalui kursus ini memberi manfaat besar seperti pengurangan risiko kemungkinan kecederaan di tapak binaan kepada pegawai-pegawai yang terlibat serta orang awam di samping mengurangkan kerosakan harta benda berkaitan.

Kursus ini juga membolehkan para peserta memperoleh Kad Hijau CIDB yang dilindungi secara automatik oleh Skim Insurans khas personel binaan terhadap kematian atau pun kemalangan.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.