[VIDEO] Mara Digital kini di Kuantan

KUANTAN 29 Okt. -Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperluaskan rangkaian pusat teknologi maklumat komunikasi (ICT), Mara Digital dengan membuka premis keempat di Plaza Gambut di sini.

Pembukaan premis selepas Kuala Lumpur, Shah Alam di Selangor dan Ipoh di Perak itu dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Pembukaan premis itu antara lain bertujuan membantu usahawan bumiputera berkecimpung dalam bidang ICT sekali gus memberi alternatif kepada pengguna dari segi produk berkenaan.

Ismail Sabri berkata, pembukaan Mara Digital di daerah ini menjadi satu lagi mercu tanda kejayaan Mara dalam agenda pembangunan bagi memartabatkan usahawan bumiputera selaras dengan arus pembangunan teknologi digital era alaf baharu.

“Ini adalah kesinambungan daripada kejayaan dan kesungguhan berterusan Mara dalam memastikan transformasi teknousahawan bumiputera terus maju dalam bidang komunikasi.

“Ia juga usaha berterusan Mara dalam memperkasa dan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam perniagaan runcit berkaitan ICT,” katanya ketika berucap merasmikan premis berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/video-mara-digital-kini-di-kuantan-1.544512

 

Advertisements
This entry was posted in Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.