MARATeX 2017: Meraikan Semangat Inovasi MARA

A34T0125

Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf bersama-sama warga MARA dalam Majlis Perasmian Anugerah Inovasi MARA 2017 Sempena Perhimpunan Bulanan Bersama Ketua Pengarah MARA

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 24 Oktober: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperkasa semangat warganya untuk mempertingkatkan inovasi untuk mengukuhkan lagi sumbangan warga MARA dalam pembangunan negara di samping turut menekankan kepentingan sumbangan mereka dalam usaha menjayakan Transformasi Nasional (TN) amnya dan merealisasikan Transformasi MARA (TM 2.0) khasnya.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, pertandingan inovasi i-MARATeX diadakan dikalangan warga MARA bagi menghasilkan inovasi yang boleh mencapai piawaian dan kualiti yang ditetapkan dalam memenuhi kehendak pelanggan dan MARA.

 

“Terdapat tiga kategori utama yang dipertandingkan iaitu, i-MTech (Pembangunan Inovasi Sosial), i-MMA (Inovasi Penyampaian Perkhidmatan) dan iMed (Inovasi Pembangunan Bahan), yang mana ketiga-tiga kategori ini merangkumi keseluruhan peranan MARA sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW),” kata beliau.

 

Azhar turut mengulas, dengan tema “Exploring Talent, Reaping Opportunnity” pertandngan ini bukan sahaja menekankan pengayaan dan penilaian hasil inovasi oleh warga MARA, yang menjurus kepada penghasilan projek inovasi bermutu dan berkualiti, namun ia juga merupakan paltform pengurusan harta intelek.

 

“Pada tahun 2016 dua produk MARATeX telah berjaya mendapat Geran High Impact Programme 6 (HIP6) yang bernilai RM50,000.00 setiap satu iaitu Production of Molasses from Sago Palm Dregs (MRSM Mukah) dan Pandanus Ethical & Vitallity Parquet Using Menguang Leaves (MRSM Kubang Pasu), manakal produk Furniture in Life dari IKM Alor Setar pula telah mendapat geran sebanyak RM150,000.00,” katanya lagi.

 

Azhar berkata, konsep inovasi adalah selari dengan komitmen MARA untuk mengangkat idea-idea baharu dalam melaksana dan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, oleh itu program inovasi yang diaktifkan oleh MARA tidak hanya bersifat dalaman tetapi  turut mengambil kira penyampaian kepada masyarakat.

 

“Kreativiti dan inovasi perlu dibudayakan dan diamalkan oleh setiap warga MARA melalui sumbangan idea-idea inovatif dan kreatif yang berupaya meneroka peluang-peluang yang ada yang mana boleh digunakan untuk meningkatkan kecemerlangan individu dan sistem penyampaian yang memenuhi kehendak pelanggan,” kata beliau.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Lain-Lain, Pelaburan, Pendidikan, Usahawan. Bookmark the permalink.