MARA hargai jasa pesara

YBhg. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin, Pengerusi MARA (duduk tujuh dari kiri) bergambar kenangan bersama pesara semasa majlis Apresiasi Perkhidmatan MARA 2017

oleh Mohd Taufek bin Mohd Noh
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur 13 Oktober – Majlis Malam Apresiasi Perkhidmatan MARA 2017 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin, Pengerusi MARA bertempat di Grand Ballroom Hotel Premiera Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri seramai 1000 para jemputan dan tetamu yang diraikan.

Penganjuran kali ini antara lain adalah bertujuan untuk meraikan pesara MARA dan warga MARA yang telah berkhidmat selama 25 tahun seramai 62 orang penerima dan dan 40 tahun seramai 12 orang penerima. Turut dijemput dalam meraikan majlis ini adalah waris pesara terbitan seramai 18 orang, pesara kesihatan 3 orang, pesara pilihan 113 orang dan pesara wajib 111 orang, yang mana jumlah kesemuanya adalah seramai 332 orang.

“Tunjuk ajarlah mereka, kongsilah pengetahuan anda, perbetulkan niat mereka dan bantulah mereka menanam sifat sayangi agensi keramat ini. Ketahuilah bahawa anda dan mereka adalah sebenarnya aset MARA”, kata YBhg. Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin, Pengerusi MARA dalam ucapan beliau kepada semua pesara yang hadir.

Beliau menegaskan, dalam mengemudi kerjaya sebagai seorang penjawat awam, sebelum melaksanakan tugasan dan tanggungjawab terhadap negara, melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pembangunan jati diri serta kepimpinan amatlah diperlukan.

Menurut beliau lagi, MARA sebagai sebuah organisasi amanah rakyat memerlukan modal insan yang kompiten dalam merealisasikan pembangunan negara Memperkasa Agenda Bumiputera pada masa kini dan akan datang.

Advertisements
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.