500 warga MARA meriahkan Hari Sukan Negara

500 peserta program FitMara yang terdiri daripada kakitangan dan subsidiari Majlis Amanah Rakyat (Mara) melakukan senamrobik di perkarangan Menara Mara, Kuala Lumpur pagi ini sempena Hari Sukan Negara 2017 yang diadakan sebentar hari ini.-UTUSAN

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Seramai 500 warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyertai program FitMARA di Menara MARA, Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan serentak hari ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, program yang bermula pukul 7 hingga 11 pagi itu menerapkan elemen kecergasan agar semua peserta dapat mengeluarkan peluh sekali gus menyihatkan tubuh badan.

“Program ini dikendalikan jurulatih senamrobik jemputan, Muhd. Amirul Reza dari Megafit Centre Wangsa Maju dan saya lihat rata-rata peserta FitMARA ini cukup seronok kerana dapat meluangkan masa untuk bersenam bersama-sama,” katanya di sini hari ini.

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/terkini/500-warga-MARA-meriahkan-hari-sukan-negara-1.537632

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.