Perluaskan Promosi MARA Digital

Bermula Oktober ini MARA akan all out dalam memperkenalkan MARA Digital diseluruh negara dengan memastikan jenama MARA Digital mampu berdikari kukuh seiring dengan pembangunan ICT dan teknologi digital global, termasuklah menggunakan LED billboard, promosi di institusi-institusi pendidikan seluruh negara dan juga melalui sosial media.
MARA amat yakin dengan potensi perniagaan yang ada pada MARA Digital kerana para pembekal ataupun pelabur di MARA Digital datangnya dari jenama-jenama besar seperti ACER, ASUS, LENOVO, HUAWEI, DIGI, CELCOM, MAXIS dan banyak lagi pemain industri besar menaruh kepercayaan kepada kemampuan MARA Digital untuk memasarkan produk mereka.

Infrastruktur MARA Digital sentiasa akan diambil perhatian penuh dari masa ke semasa kerana ianya merupakan platform yang mampu menarik syarikat IT untuk mempromosikan barangan dan produk mereka sepertimana OPPO Fair dan ACER Roadshow yang akan diadakan di MARA Digital Kuala Lumpur dalam waktu terdekat ini.

Tambahan lagi MARA Digital Kuala Lumpur akan dikembangkan lagi dengan pernambahan dan pembukaan premis baru di Tingkat 4 kerana premis di Tingkat 3 tidak mampu lagi menampung permintaan sedia ada sama ada dari para pengunjung mahupun dari usahawan ICT yang semakin yakin dengan peluang perniagaan yang ada dibawah payung MARA Digital.

Adalah amat penting bagi kita dalam menuju ke arah negara maju dengan pendapatan tinggi, ruang perniagaan perlulah yang kompetitif disamping selesa dan kondusif bagi meyakinkan dan menarik minat para pelanaggan untuk berkunjung.

Harapan MARA adalah agar, MARA Digital ini juga mampu menjadi pusat setempat dan peneraju bagi rujukan dan pembekal utama bukan sahaja bidang penjualan telefon, membaiki dan perkhidmatan telefon semata-mata tetapi mampu menjadi champion kepada apa sahaja bidang berkaitan teknologi dan ICT.

-KKLWHARIINI

 

Sumber : http://www.kklwhariini.com/single-post/2017/10/12/Perluaskan-Promosi-MARA-Digital

Advertisements
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.