MRSM Kepala Batas Meneruskan Legasi Kecemerlangan

Kepala Bana

Nur Aina Wahida Binti Mohd Naser (dua dari kanan) pelajar MRSM Kepala Batas yang telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran menerima sijil dan cenderamata dari TYT Pulau Pinang. 

Oleh Zuraini Binti Sainal

media@mara.gov.my

Kepala Batas, 2 Oktober 2017: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas akan terus memastikan para pelajarnya cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah, pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran berfikir aras tinggi dan penguasaan Bahasa Inggeris, kepimpinan dan  juga aspek-aspek lain dibudayakan di MRSM Kepala Batas oleh warga pendidik di sini.

Menurut Pengetua MRSM Kepala Batas, Tuan Haji Mohd Khairul Anuar bin Dato’ Shafie, hasil daripada peralihan kepada Program Ulul Albab, MRSM Kepala Batas telah mencatatkan kejayaan apabila berlakunya peningkatan di dalam Gred Purata Maktab  dalam Pencapaian Akademik SPM.

 

“Pencapaian SPM pada tahun 2011 dengan Gred Purata Maktab ialah  2.063 iaitu pada kedudukan ke-28 daripada 39 buah MRSM yang mana pertubuhan memberangsangkan ini berlaku pada tahun 2015 apabila pencapaian Gred Purata Maktab ialah 1.964 yang menjadikan MRSM Kepala Batas berada di kedudukan 10 teratas antara MRSM Se-Malaysia,” katanya.

 

Mohd Khairul Anuar yang menyampaikan ucapan di Majlis Graduasi SPMRSM Kepala Batas turut berkata, kejayaan demi kejayaan juga telah ditempa oleh para pelajar MRSM Kepala Batas seperti mendapat tempat kedua dalam pertandingan ASEAN Student Science Project Competition di Bangkok Thailand dan menyertai pertandingan Young Innovate Malaysia pada tahun 2015, ini menunjukkan pelajar MRSM Kepala Batas yang juga merupakan sebuah MRSM Ulul Albab berada di dalam kelasnya yang tersendiri apabila dapat mengintegrasikan pendidikan Tahfiz, sains, teknologi dan inovasi dengan begitu baik.

Majlis Graduasi MRSM Kepala Batas ini juga menyaksikan Pengistiharan Dewan Dato’ Abdul Fatah bersempena dengan nama Allahyarham Dato’ Haji Abdul Fatah Bin Hj Abdullah yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada YABhg. Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5.

Sehingga kini, MARA telah mengeluarkan empat kohort daripada MRSM Kota Putra, tiga kohort dari MRSM Gemencheh dan dua kohor daripada MRSM Kepala Batas. Setelah tujuh tahun program ini dilaksanakan di MRSM Ulul Albab, MARA telah berjaya melahirkan seramai 1,230 huffaz.

 

Majlis Graduasi ini turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,  Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas dan Timbalan Menteri Luar Negeri , YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican.

Advertisements
This entry was posted in Berita Kejayaan, Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.