Monthly Archives: September 2017

MARA Digital tetap hangat

Kuala Lumpur: Perniagaan di pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) MARA Digital di Medan MARA, di sini, terus mendapat sambutan, malah ada peniaga mengaku boleh mendapat semula modal hanya dalam masa sebulan.

Posted in Usahawan

MARA Digital: Aspirasi Transformasi Teknousahawan Bumiputera Diteruskan

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff media@mara.gov.my Kuala Lumpur, 24 September: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperkasa aspirasi untuk memperbanyakkan lagi usahawan dalam bidang teknologi, ini termasuk membantu untuk memperkasa perniagaan runcit oleh usahawan Bumiputera melalui penubuhan MARA Digital.

Posted in Berita Kejayaan, Lain-Lain, Pelaburan, Usahawan

Usahawan Digesa Manfaat llmu Kursus Keusahawanan

Tangkak, 21 September – Para usahawan digesa untuk memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh daripada kursus keusahawanan yang dihadiri dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Posted in Lain-Lain, Usahawan

Tahniah! Pelajar Malaysia Tajaan MARA naib juara pidato Bahasa Mandarin di Beijing, China

Pelajar Malaysia, Nur Afifah Elias mengharumkan nama negara apabila muncul naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing, China, semalam.

Posted in Pendidikan | Tagged

Program GTG Bantu Usahawan Terokai Pasaran Perniagaan Global

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengadakan program sehari ‘Gate to Global’ (GTG) bagi membimbing usahawan Bumiputera menerokai pasaran perniagaan antarabangsa, di sini esok.

Posted in Usahawan

Memperkasa Produk Usahawan Bumiputera Ke Pasaran Global

Kuala Lumpur, 19 September: Bagi terus menjadi aspirasi dan mercu kebanggaan bangsa dalam pembangunan usahawan Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus membangunkan usahawan-usahawan yang menghasilkan produk-produk berkualiti dan kompetitif bukan sahaja untuk pasaran tempatan, malah untuk pasaran antarabangsa.

Posted in Lain-Lain, Usahawan

Celcom, YPM Taja Tuisyen Rakyat Di Pahang, Perak Tahun Ini

LENGGONG, 17 Sept (Bernama) — Celcom Axiata Berhad memilih dua kawasan parlimen iaitu Bentong, Pahang dan Lenggong, Perak untuk menaja program Tuisyen Rakyat@KKLW sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporatnya dalam program pendidikan tahun ini.

Posted in Pendidikan