Program Hair In Trend (HIT) “HIT BARBER” Membangun Usahawan Barber Professional

YM20161205_hipster_barber_02

Kedai dandanan rambut berkonsepkan barbeshop menjadi trend terkini – Gambar oleh Yusof Mat Isa-

Oleh Alia Hazwani Bt. Zamani
media@mara.gov.myKuala Lumpur, 28 September: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus menggiatkan usaha untuk mentransformasikan usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang agar terus releven dalam mendepani masa hadapan yang penuh mencabar.

Menurut Pengarah Pembangunan Usahawan MARA, Encik Abdul Aziz Bin Hassan, program Hair In Trend “HIT BARBER” ini merupakan sebuah platform kepada usahawan Bumiputera untuk melonjak dalam bidang Hairdressing di mana nadi utama program ini memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran pendandan rambut termasuk komunikasi, pengurusan, penjenamaan dan pemasaran agar usahawan yang dibangunkan adalah kompetitif serta dapat menembusi pasaran antarabangsa.

“Program Hair In Trend “HIT BARBER” dan HIT-WAHL Battle of the Barbers Malaysia akan dilancarkan pada 29 September 2017 (Jumaat) di The Summit USJ, Subang Jaya ini merupakan satu langkah untuk membangun dan membesarkan potensi usahawan hairdressing dan barber Bumiputera yang mampu menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan dapat memenuhi permintaan tempatan juga antarabangsa.”

Abdul Aziz berkata, program ini mula dilaksanakan pada 3 Ogos 2017 dengan anjuran Seminar Revolusi Usahawan Barber 2017 yang dihadiri lebih 500 pendandanan rambut seluruh negara telah mensasarkan peningkatan pakar dalam bidang dandanan rambut (Barber, Hairdressing & Hairstylist) yang setaraf antarabangsa. Selain itu, program yang dianjurkan ini turut akan memberi nilai tambah bukan sahaja dalam industri barber malah terhadap kualiti perkhidmatan serta pengukuhan kemahiran.

“Melalui program yang dianjurkan, peserta yang layak akan mengikuti latihan bersama pakar-pakar dalam industri bagi memastikan mereka layak merebut peluang keemasan bertaraf profesional selain layak untuk mendapatkan bantuan daripada MARA seperti sokongan modal, kemudahan fasiliti juga promosi jenama sendiri. ” katanya.

Abdul Aziz mengulas, antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan kepada usahawan mendandan rambut melalui program HIT Barber adalah HIT Premium Barber di mana peserta berpeluang untuk memiliki sebuah premium barber bertaraf antarabangsa di lokasi strategik. Manakala, kemudahan lain yang ditawarkan adalah Mobile Premium Barber yang menyediakan perkhidmatan dandanan rambut secara bergerak serta HIT Express Barber yang merupakan sebuah kedai Fast Cut Concept.

“Bagi memastikan program ini mencapai outcome, MARA melalui kerjasama strategik dengan British Barber Association, London Barber School dan WAHL International US, UK, Singapore akan memastikan peserta yang layak mengikuti kursus jangkamasa pendek di London Barber School akan mendapat peluang menyertai pertandingan antarabangsa Organisation Mondiale Coiffure (OMC) Hair World di Paris, Perancis.

Katanya lagi, program HIT-WAHL Battle of The Barbers Malaysia merupakan pertandingan yang menguji kemahiran dan kecekapan pendandan rambut dan buat julung kalinya diadakan di Malaysia. Salah seorang juri jemputan pertandingan ini adalahn Master Barber 5IVE dari London yang merupakan juru gaya bagi selebriti dan fashionistas kelas A dunia.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.