Tahniah! Pelajar Malaysia Tajaan MARA naib juara pidato Bahasa Mandarin di Beijing, China

NUR Afifah muncul naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing, China, semalam.

Pelajar Malaysia, Nur Afifah Elias mengharumkan nama negara apabila muncul naib juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing, China, semalam.

Menurut BH, Nur Afifah adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing.

Seorang lagi pelajar Malaysia, Lin Syahirah Hishamuddin dari Universiti Bahasa dan Budaya Beijing, mendapat hadiah sagu hati.

Kedua-duanya pelajar tahun akhir.

LIN Syahirah mendapat hadiah sagu hati Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing, China, semalam.

Pertandingan itu turut disertai pelajar dari Russia, Itali, Sweden, Jamaica, Korea, Jepun dan Thailand.

Pejabat Education Malaysia Beijing dalam kenyataannya, berkata menerusi pertandingan itu, kemampuan pelajar Malaysia menguasai Bahasa Mandarin sangat terserlah.

“Ini menunjukkan usaha kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan amat tepat sekali dengan menyediakan platform terbaik bagi penguasaan Bahasa Mandarin,” kata kenyataan itu.

Ketika ini, seramai 322 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin dua universiti itu.

Education Malaysia Beijing juga berharap usaha menghantar pelajar Malaysia ke China akan diteruskan dan akan memperkasakan hubungan antara Malaysia dan China.

Tahniah!

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/328687/pelajar-malaysia-naib-juara-pidato-bahasa-mandarin-di-beijing

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.