Celcom, YPM Taja Tuisyen Rakyat Di Pahang, Perak Tahun Ini

LENGGONG, 17 Sept (Bernama) — Celcom Axiata Berhad memilih dua kawasan parlimen iaitu Bentong, Pahang dan Lenggong, Perak untuk menaja program Tuisyen Rakyat@KKLW sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporatnya dalam program pendidikan tahun ini.

Ketua Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad Areehan Abdullah berkata pihaknya menaja program itu dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

“Kami berpuas hati dengan program ini dan ia akan diteruskan tahun depan di kawasan parlimen dan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program itu di MRSM Lenggong, di sini hari ini.

Program yang bermula 15 Sept itu disertai 100 pelajar tingkatan lima dari empat buah sekolah di kawasan Parlimen Lenggong dan melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

Program yang dilaksana sejak 2013 itu diadakan secara percuma untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya di luar bandar, yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah…

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1392088

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.