
Ismail Sabri (kiri) melawat tapak pameran sempena program #mohngetehmerdekakklw 2017 di Sungai Petani hari ini
SUNGAI PETANI – Kira-kira satu juta warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta orang ramai menyertai program #mohngetehmerdekakklw sempena kemuncak sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini.
Program itu yang diadakan secara santai melibatkan empat lokasi utama dan 12,246 lokasi lain melalui agensi-agensi KKLW.
Majlis perasmian program itu disempurnakan Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Institusi Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani di sini.
Pada sesi itu turut diadakan lintas langsung antara bersama pelajar dan komuniti Mara di luar negara.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, penganjuran program ini bertujuan menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga KKLW dan orang ramai. – K! ONLINE
Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz4sQV4AZs2
Hakcipta terpelihara