Latihan praktikal di Perancis

SMAIL SABRI (tengah) bergambar bersama perwakilan selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sepang di UniKL MIAT, Sepang semalam.

SEPANG – Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhasrat menghantar pelajar Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT) menjalani latihan praktikal dengan pemain industri aeroangkasa dan pengangkutan terkemuka Perancis bermula tahun hadapan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu membolehkan pelajar-pelajar tersebut berkongsi kepakaran dan teknologi hasil jaringan kerjasama antara Mara dengan syarikat pesawat terkemuka dunia, Airbus serta pengeluar enjin kapal terbang iaitu Safran Aircraft Engines (Safran).

“Memang kita hendak mewujudkan lebih banyak kerjasama untuk menghantar pelajar-pelajar ini (UniKL MIAT) ke Perancis untuk membuat latihan praktikal dengan syarikat Airbus dan Safran. Sebelum ini, pihak Mara tidak pernah menghantar pelajar untuk menjalani praktikal ke sana (Perancis),” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.