TRANSFORMASI PENDIDIKAN MARA BERTERASKAN KEHENDAK INDUSTRI

Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf (enam dari kanan) bersama peserta program i2E dan warga MARA.

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff
media@mara.gov.my

Beranang, 4 Ogos 2017 – Sejajar dengan visi Transformasi Nasional (TN50), Majlis Amanah Rakyat (MARA) melihat lonjakan TVET adalah salah satu keperluan utama bagi merealisasikan pembangunan ekonomi dan teknologi negara melalui pembangunan modal insan dan pemerkasaan bidang keusahawanan di peringkat antarabangsa.

Antara usaha yang berterusan MARA dalam mengekalkan kecemerlangan ini adalah dengan mewujudkan Pusat Kecermerlangan Industri atau Industrial Centre of Excellence (ICoE) dalam kejuruteraan elektronik di MARA-Japan Industrial Institute (MJII) Beranang, yang mana pusat ini telah mendapat dua (2) pengiktirafan antarabangsa iaitu ‘MikroTik Academy’ yang merupakan jalinan kerjasama di antara MARA dan MiktroTik Latvia serta ‘LabVIEW Academy’ di antara MARA dan National Instruments.

Dengan tertubuhnya kedua- dua akademi ini MARA dapat menampung permintaan pasaran terhadap tenaga kerja mahir dalam sistem rangkaian yang menggunakan “open source” , di mana membolehkan ramai pelajar mempelbagaikan aplikasi dengan menggunakan RouterOS dan RouterBOARD yang sama, dengan ini pelajar dapat mempelbagaikan kemahiran yang mereka perolehi beserta pensijilan tambahan dari MikroTik Latvia yang seterusnya meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan institusi ini.

Pengiktirafan ini akan menjadi nilai tambah kepada pelajar-pelajar TVET keluaran MARA kelak, kerana bakal graduan akan diterapkan dengan kurikulum yang menepati piawaian industri serta mendapat pengiktirafan antarabangsa, yang mana dengan memperkenalkan elemen keterbezaan dari segi persijilan tambahan.

MARA turut akan membuka lebih banyak Pusat Kecermerlangan Industri atau Industrial Centre of Excellence (ICoE) di KKTM, MJII dan IKM amat bertepatan kerana ia bukan sahaja memartabatkan institusi TVET itu sendiri malah memastikan ianya sentiasa ke hadapan dalam menguasai pengajian yang berteknologi terkini.

Bagi memenuhi permintaan Industri 4.0, pelbagai perancangan telah diatur bagi merealisasikan hasrat tersebut yang mana akan memberikan impak yang lebih besar di dalam Revolusi Industri 4.0 yang menekankan kepada Automasi, Robotik, Smart System (IoT), pertukaran data dalam teknologi pembuatan dan ‘Cyber Physical System’.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.