ROBOFAIR MRSM kali-13: Memperkasa Pendidikan Automasi & Robotik.

MRSM Pendang, Kedah muncul selaku juara keselurusan pada program Robofair MRSM ke-13

Bentong, 30 Julai – Dalam mendepani cabaran Industry 4.0, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mempersiapkan kesemua Institut Pendidikan MARA (IPMa) untuk diperkasakan dengan pembelajaran berteraskan teknologi tinggi sesuai dengan kehendak industri.

Antara usaha MARA untuk mengasuh minat para pelajar dalam bidang automasi dan robotik yang menjadi antara teras Industri 4.0, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sekali lagi mengadakan program RoboFair MRSM ke-13 yang mana pada kali ini diadakan di MRSM Bentong,Pahang.

Melalui program ini, pelajar diberi peluang meneroka dan melaksanakan projek kajian inovasi dan kreativiti di mana potensi dan bakat pelajar dibangunkan dan dikembangkan secara terancang dan sistematik dimana pelajar akan menggunakan kreativiti, pengetahuan dan pelbagai kemahiran mereka cipta robot untuk menyelesaikan masalah yang diberikan selaras dengan hasrat MARA.

Sejak program ini diadakan, banyak anugerah telah dimenangi di pertandingan anjuran Institut Pengajian Tinggi tempatan dan juga peringkat antarabangsa di antaranya pertandingan International Robot Olympiad (IRO), World Robot Olympiad (WRO), Infomatrix, Robot Pride dan lain-lain lagi.

Program seperti ini turut membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat serta potensi diri dengan melibatkan diri di dalam pertandingan berasaskan kreativiti di dalam Sains dan Teknologi.

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.