Iltizam Berterusan Tanggungjawab Sosial MARA

media@mara.gov.my

YBhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA bersama Warga Kerja YPM

Kuala Lumpur, 26 Julai – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperkukuh program-program tanggungjawab sosial atau corporate social responsibility (CSR) dengan menjenama semula Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada Yayasan MARA, yang akan membuka ruang yang lebih besar kepada MARA untuk membantu masyarakat, yang mana tidak tertakluk kepada sektor pendidikan sahaja.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, MARA dan seluruh subsidiarinya perlu terus berusaha agar kejayaan yang ada pada hari ini dijadikan landasan untuk meningkatkan lagi kedudukan ekonomi Bumiputera supaya kita terus berjaya melahirkan masyarakat yang berpendapatan tinggi seiring dengan status negara maju.

“Untuk itu penjenamaan semula YPM yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Sambutan ke-50 tahun MARA pada tahun lepas adalah untuk memperkukuh iltizam MARA sebagai agen transformasi Malaysia, khususnya golongan Bumiputera,” katanya dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja MARA.

Azhar menambah, untuk menjadikan misi ini suatu realiti, MARA akan melaksanakan transformasi dalam organisasi dengan memberikan fokus kepada tiga (3) tonggak utama iaitu, pembangunan usahawan dan modal insan; pelaburan untuk penjanaan pendapatan dan pengukuhan tanggungjawab sosial korporat.

Rakan Siber MARA yang bakal membantu memperkukuhkan positioning MARA dan content media social

“Antara program yang sedang dilaksanakan oleh YPM yang kini telah mendapat pengiktirafan umum adalah program tuisyen rakyat, yang mana syarikat besar seperti Celcom Axiata Berhad, Maybank Islamic Berhad dan Ambank telah mengambil bahagian dengan menaja anak angkat dan memberi sumbangan wang zakat dalam memastikan kelangsungan program tersebut,” ulasnya lagi.

Azhar turut berkata, usahasama antara subsidiari MARA yang lain seperti Rural Capital Berhad, FITEC, PMD dan MARALiner dalam menjadikan program tersebut sebagai salah satu agenda program CSR mereka adalah satu usaha murni yang mana menjadikan YPM sebagai platform untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.

Di dalam majlis yang sama, turut diadakan Pelantikan Rakan Siber MARA kepada seramai 54 orang yang terdiri dalam kalangan warga kerja MARA yang mana mereka telah menerima watikah pelantikan yang bertujuan memperkukuhkan strategic positioning MARA di samping memperluaskan Content Social Media Networking MARA, komuniti dan subsidiari.

This entry was posted in Pendidikan and tagged , , , . Bookmark the permalink.