Dua lagi MRSM baharu dibuka

ISMAIL SABRI (tengah) bergambar bersama murid-murid Taska MARA dalam Majlis SeMARAk Aidilfitri MARA 2017 di lobi bangunan Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) baharu bakal dibuka di Arau, Perlis dan Semporna, Sabah yang masing-masing memulakan operasinya pada 24 Julai ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penambahan dua MRSM baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan pusat pendidikan itu kepada 54 buah di seluruh negara.

Beliau berkata, pembukaan dua buah MRSM baharu itu akan membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar dari kawasan luar bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendapatan rendah.

“Kita sasarkan pengambilan sebanyak 7,000 pelajar baharu di 54 buah MRSM menjadikan jumlah pelajar MRSM keseluruhannya di seluruh negara mencecah lebih 35,000 orang.

“Jika kita dapat bajet, beberapa buah MRSM lagi akan dibina di Pahang, Kelantan dan Kedah,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis SeMARAk Aidilfitri MARA 2017 di sini semalam.

Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Advertisements
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.