KANGAR – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Arau dekat sini akan mula beroperasi pada tahun ini menurut Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perlis, Lukman Hakim Hasan.
Beliau berkata, MRSM itu merupakan yang kedua di Perlis selepas MRSM Beseri, Padang Besar dekat sini.
“Proses pengambilan pelajar sedang giat dijalankan dan jika tiada aral melintang dan masalah, MRSM Arau akan beroperasi pada tahun ini,” katanya.
Lukman berkata sedemikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MARA Perlis 2017 di sini hari ini. – K! ONLINE