MARA Disaran Pelopori Industri Baharu

KANGAR, 12 Julai (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Perlis disaran mempelopori industri baharu yang bersesuaian bagi menghidupkan lagi pembangunan negeri.

Dalam saranannya, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah projek atau program-program berimpak tinggi yang menyasarkan lokasi berpotensi seperti Kuala Perlis yang menyumbang kepada kadar kemasukan pelancong yang tinggi perlu diwujudkan.

“MARA boleh sasar untuk lahirkan sekurang-kurangnya 10 usahawan global dalam bidang baharu yang mempunyai pasaran di peringkat antarabangsa dan juga membantu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini,” titah baginda.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1371916

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.