Engagement Datuk Dr. Yusof Yacob bersama warga MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens.

Chairman Lawat MRSM TMFS

oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

media@mara.gov.my

6 Julai 2017, Sabah – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sentiasa peka dengan perkembangan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di seluruh Malaysia. Baru-baru ini, satu program Engagement Pengerusi Sementara MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob bersama warga kerja MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan telah diadakan untuk merapatkan lagi ukhwah antara warga MRSM di peringkat akar umbi dengan pihak pengurusan tertinggi MARA.

Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, MARA sentiasa peka, terutamanya kepada institusi-institusi pendidikannya yang beroperasi dikawasan luar bandar.

Selain itu, melalui program tersebut juga kita dapat memberi peluang kepada warga MRSM yang berada di lapangan untuk memberikan cadangan dan pendapat untuk menambah baik lagi sistem yang ada di MARA sama ada melibatkan kakitangan, guru mahupun pelajar.

Bukan itu sahaja, program seperti ini juga dapat memberi peluang kepada Pengerusi MARA untuk menyampaikan warga MARA khususnya di luar bandar agar dapat memberi gambaran tentang hala tuju MARA bagi menyuntik semangat mereka untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Advertisements
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.