KKLW rai anak Syria

Ismail Sabri meluangkan masa bersama anak-anak pelarian Syria dari Sekolah Jasmine Ash Sham pada Program CSR ‘Shopping Baju Raya’ bertempat di Quill City Mall,Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meraikan seramai 42 anak Syria yang menetap di negara ini menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua anak Syria terlibat dibawa ke pusat membeli-belah Quill Mall City di ibu kota bagi mendapatkan barangan keperluan raya seperti baju, kasut dan sebagainya.

“Apa yang kita lakukan hari ini (semalam) adalah bagi membantu anak-anak Syria ini untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih gembira dan ceria.

“Seperti yang kita tahu, anak-anak Syria ini datangnya dari negara bergolak dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menggembirakan mereka,” katanya selepas meluangkan masa untuk turut sama dalam program tersebut, semalam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pemilihan anak-anak Syria terbabit dibuat berdasarkan keprihatinan terhadap nasib penduduk di negara tersebut yang terpaksa menjadi pelarian ekoran daripada krisis perang yang berlaku.

Menurut beliau, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Malaysia Lifeline For Syria dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melihat bantuan pendidikan yang dapat disalurkan kepada anak Syria selepas ini.

“Kita akan bincang lebih lanjut dengan KDN memandangkan anak-anak Syria ini berada dibawah kelolaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Urusan (CEO), Malaysia Lifeline for Syria, Syahrir Azfar Saleh berkata, kesemua anak Syria terbabit merupakan penuntut di Sekolah Jasmine Ash Sham yang terletak di Setiawangsa.

Menurut beliau, buat masa ini, sekolah terbabit mempunyai seramai kira-kira 50 orang pelajar yang terdiri daripada anak Syria di bawah Program Penempatan Sementara Migran Syria.

“Ini merupakan kali pertama anak-anak ini berkesempatan untuk membeli baju dan kelengkapan raya mereka dan semestinya mereka amat gembira,” katanya.

Ismail Sabri bergambar kenangan bersama anak-anak Syria yang diraikan, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Urusan (CEO), Malaysia Lifeline for Syria, Syahrir Azfar Saleh berkata, kesemua anak Syria terbabit merupakan penuntut di Sekolah Jasmine Ash Sham yang terletak di Setiawangsa.

Menurut beliau, buat masa ini, sekolah terbabit mempunyai seramai kira-kira 50 orang pelajar yang terdiri daripada anak Syria di bawah Program Penempatan Sementara Migran Syria.

“Ini merupakan kali pertama anak-anak ini berkesempatan untuk membeli baju dan kelengkapan raya mereka dan semestinya mereka amat gembira,” katanya.

Ujar Syahrir, pihaknya amat menghargai usaha dilakukan oleh KKLW dan mengharapkan lebih banyak bantuan disalurkan untuk membantu pendidikan anak-anak Syria tersebut selepas ini.

“Kita melihat ke hadapan untuk mendapatkan lebih banyak bantuan selepas ini memandangkan sekolah ini beroperasi 100 peratus atas sumbangan rakyat Malaysia.

“Kita nak tolong anak-anak ini mendapatkan ilmu supaya mereka gunakan ia untuk bangunkan semula negara sendiri kelak,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kklw-rai-anak-syria-1.692644

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.