MARA Raikan Lebih 80 Anak Yatim Dan Anak Istimewa

YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob ketika menyampaikan sumbangan kepda anak-anak yatim.

Kuala Lumpur, 13 Jun – Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini meraikan lebih 80 orang anak yatim yang terdiri daripada anak-anak dari Rumah Al-Faeez, Gombak dan juga anak yatim dari kalangan waris kakitangan MARA dalam sambutan Majlis Semarak Ramadan MARA 2017 yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, majlis yang diadakan bertujuan bagi mengimarahkan serta menghayati dan memanfaatkan bulan Ramadhan oleh warga MARA selain mengeratkan ukhwah di antara kakitangan MARA dan subsidiarinya.

“Seperti tahun-tahun yang lepas, MARA sedang melaksanakan pelbagai inisiatif CSR sempena Ramadan pada tahun ini di 17 tempat seluruh negara, yang mana anak-anak syarikat MARA turut terlibat secara langsung dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.

Ismail turut menggesa bahawa sebagai sebuah organisasi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan Sosio-Ekonomi Bumiputera, MARA perlu sentiasa menitik beratkan Corporate Social Responsibility (CSR) bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat.

“Istimewa sambutan Majlis Semarak Ramadan MARA 2017 pada tahun ini adalah kerana MARA turut meraikan tiga penerima khas yang terdiri daripada adik Nur Firuza Amira 9 tahun, Nur Firuza Aqillah 6 tahun dan Muhd Firash Arsyed 4 tahun, yang mana ketiga-tiga mereka telah kehilangan ibu, bapa dan adik mereka dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves pada tahun 2015,” ujar beliau.

Advertisements
This entry was posted in Korporat and tagged . Bookmark the permalink.